Macam-macam ragam kan manusia ni nak mendapatkan duit dan hidup senang…x payah kerja penat-penat, buat kerja menggedik pon boleh dapat income..fuh…trend nak hidup mudah dan mewah tanpa bekerja keras ni aku tengok semakin hari semakin berluasa la pulak..macam goring pisang kat pasar malam…kalau perempuan yang nak hidup senang mestilah ada sugar daddy macam sesetengah artis..itu dari pembacaan aku ok..jangan nak hentam aku pulak...yelah kan kalau asyik berkepit je dengan orang kaya bergelar jutawan ni memang senang nak dapat kereta sebijik, rumah besar, duit dalam bank beri-ribu dan pakaian pon nak yang branded je..huh…
Itu kalau yang ditanggung sugar daddy…kalau yang tidak dapat penajaan macam mana pulak?? Of course la jual maruah diri jadi pelacur ye tak?? Entah la…dunia-dunia…kalau nak hidup senang dari awal-awal lagi belajar rajin-rajin lepas tu dapat kerja bagus, income yang masuk tiap-tiap bulan pun rasa macam nikmat teragung sebab hasil dari titik peluh sendiri..itu bagi perempuan..jangan ingat perempuan je yang lalai..lelaki pon sama..kalau yang perempuan ada sugar daddy, yang lelaki mestilah ada sugar mammy ye tak???? Kebanyakan mereka yang jadi anak ikan ni memiliki wajah yang tampan dan ala jambu sikit…yelah tak kan la mak-mak datin nak ambik yang selekeh kan…
Tapi korang jangan terkejut pulak kalau ada lelaki yang jual teruna diorang untuk duit dan hidup senang…ni pon dari pembacaan aku jugak..aku ni kan suka membaca..hihi..dulu aku tak tahu ape itu gigolo, tapi sekarang dah tahu…jangan buat benda yang menyalahi agama ok…ni aku tuju kepada setiap orang yang menganggap diri mereka islam la…jangan cakap kat luar je islam tapi kat dalam hati hampeh…masih ada ruang untuk bertaubat sebelum pintu taubat ditutup…
Panjang tul aku berkhutbah ye…xde lah untuk kepentingan bersama dan dijadikan taulan dan pengajaran…kosmo pagi ni aku dah baca, terkejut aku tengok ada sorang pelajar yang melelong dara diorang di internet semata-mata untuk menampung yuran pengajian..aduhai….ni aku selitkan artikel tu dan aku harap korang ambik la iktibar….
KERANA kesempitan wang untuk membayar yuran pengajian, seorang mahasiswi sebuah universiti di New Zealand nekad melelong daranya melalui Internet.
Lelongan dara pelajar berumur 19 tahun itu dibuat baru-baru ini menerusi 'tawaran harga tertinggi' di laman web ineed.co.nz yang berpusat di Hamilton, berhampiran Universiti Waikato, 393 kilometer dari sini.
Di bawah tajuk Hubungan Untuk Dijual, pelajar itu yang menggunakan nama samaran Unigirl memberitahu, dia berperwatakan menarik dan terdesak untuk mendapatkan wang bagi membayar yuran universiti.
"Saya tidak pernah melakukan hubungan seks dan masih dara. Keputusan menjual dara ini dibuat dengan penuh kesedaran dan saya sanggup menanggung segala risikonya," tambahnya.
Pemilik laman web berkenaan, Ross McKenzie memberitahu sebuah akhbar tempatan bahawa iklan itu tidak menyalahi undang-undang atau menyinggung masyarakat. - AFP
Apa pendapat korang kalau budaya macam ni menjadi ikutan??? Harap-harap remaja muslim dijauhkan daripada perbuatan yang menyalahi agama…sama-sama lah kita berwaspada
No comments:
Post a Comment