Friday, 29 January 2010

Kesan Kemurungan Terhadap Kandungan

Aku tidak tahu perasaan apabila mengandung terutamanya anak pertama sebabnya aku belum kahwin lagi....hihi...belum ada calon lagi...aku kalau boleh nak cari calon yang mampu membahagiakan rumah tangga aku dan juga orang lain..dan yang harus menjadi pengikat kebahagiaan dalam berumahtangga ialah sudah semestinya restu daripada family kedua-dua belah pihak..aku dapat lihat fenomena sekarang ni kan asyik kawin cerai, kawin cerai...mungkinkah disebabkan tidak sehaluan dan juga tidak mendapat restu daropada ibu bapa???? aku harap perkara ni tak kan berlaku pada diri aku dan juga family...aku nak calon yang aku pilih tu disukai oleh keluarga aku..restu mereka amat peting..

Aku terbaca dalam paper utusan Malaysia mengenai ibu mengandung...ibu mengandung?? ye ibu mengandung..yelah kan time pregnant ni, suami kena lah amik berat terhadap isteri dan juga kandungan..bukan ambik berat sal makan, minum, pakaian dan macam-macam lagi lah..sang suami juga kena lah menjaga hati dan perasaan isteri..kalau suami dapat lihat perubahan emosi pada isteru tu cepat-cepat la tanye kenapa dan cuba selesaikan dengan cara yang baik, jadi pendengar yang setia dan jangan membuatkan dia bertambah sedih..kalau dia sedih akan menjejaskan emosi dan kesan nya juga akan terpalit pada kandungan..korang baca lah keratan akhbar ni ok..dan jadikan ingatan dalam melayari alam rumah tangga ...adios

Satu kajian terbaru yang diterbitkan di dalam Jurnal Paediatrik dan Perinatal Epidemiologi di Amerika Syarikat menunjukkan, kerisauan dan kemurungan (antara simptom gangguan kesihatan mental) yang dialami ibu mengandung memberi kesan kepada saiz bayi dan juga sistem penghadaman bayi tersebut.

Lebih teruk kesan kebimbangan atau kemurungan tersebut maka lebih serius jugalah kesan yang akan dialami oleh bayi dalam kandungan mereka.

Penemuan tersebut telah dibuktikan menerusi kajian oleh sekumpulan penyelidik iaitu Shahla M. Hosseini, Minhnoi W. Biglan, Cynthia Larkby, Maria M. Brooks, Michael B. Gorin dan Nancy L. Day.

Mereka adalah para penyelidik yang telah mengkaji tentang kaitan antara simptom-simptom kerisauan yang dialami wanita mengandung.

Kajian mereka tertumpu kepada wanita yang berpendapatan rendah yang mana separuh daripadanya berketurunan Afrika-Amerika, manakala selebihnya adalah wanita berketurunan kaukasia.

Kumpulan tersebut memang dikenali berisiko tinggi sebagai peminum arak dan ketagihan rokok.

Kajian itu menunjukkan, ibu yang dilanda kebimbangan dan kemurungan akan melahirkan bayi bersaiz kecil.

Kajian tersebut turut mengenalpasti kebimbangan yang melanda ibu pada bulan ketiga kehamilan memendekkan tempoh matang saluran penghadaman.

Manakala wanita yang dilanda kebimbangan ketika kehamilan di bulan pertama cenderung melahirkan bayi yang kurang berat dan saiz yang lebih pendek dari yang sepatutnya.

Wanita yang menghadapi tekanan dan kebimbangan ketika mengandung juga akan berhadapan dengan masalah ketika mahu bersalin.

Jadi, ibu yang sedang merancang untuk mengandung atau sedang mengandung, jangan terbawa-bawa dengan perasaan bimbang. Ia hanya akan memberi kemudaratan jangka panjang kepada anak anda apabila mereka lahir.

Sebaiknya, jika mengalami tekanan ketika hamil rujuk masalah anda kepada pakar perubatan, kaunselor atau boleh juga luahkan kepada rakan-rakan yang anda percayai.

Ingat, kesihatan bayi anda bermula dari dalam kandungan. Sekiranya bayi lahir dalam keadaan tidak sihat adakah anda mampu berhadapan dengan situasi tersebut?

Peganglah pepatah yang penuh makna ini, mencegah itu lebih baik dari mengubati.

No comments:

Post a Comment