Friday, 29 January 2010

Hukum membuang tahi lalat

Hukum membuang tahi lalat ada dua keadaan iaitu: pertama penyakit, kedua; terlalu banyak.

Bintik-bintik hitam yang kelihatan seperti tahi lalat adakalanya semacam penyakit kulit. Maka untuk merawat penyakit ini salah satu caranya mungkin dengan membuangnya dari kulit muka. Itupun, sekiranya tidak mendatangkan mudarat kepada muka. Sekiranya dengan membuang bintik-bintik hitam mendatangkan mudarat maka hukumnya haram. Ini kerana kulit muka adalah sangat sensitif.

Keadaan yang kedua ialah apabila tahi lalat terlalu banyak. Hukum membuangnya adalah harus, terutamanya pada wajah seseorang sehingga kehadirannya mengaibkannya atau menjadikannya tidak selesa apabila berkomunikasi dengan orang lain. Sekiranya niat menghapuskan tahi lalat untuk kecantikan semata-mata, maka hukumnya haram kerana termasuk mengubah ciptaan Allah yang asal.

ni pulak pesanan aku: kalau korang ada tahi lalat dua tiga bijik je, jangan la ngada-ngada nak buang ek..tahi lalat tu eksesori tambahan la bagi aku...

No comments:

Post a Comment